Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, June 17, 2014
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN
DR. ISMAIL,
33700 PADANG RENGAS,
PERAK DARUL RIDZUAN.
LAPORAN
PROGRAM
SEKOLAH LESTARI
SEKOLAH
KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL
2013 / 2014
Disediakan
oleh : -
JAWATANKUASA
INDUK
PROGRAM
SEKOLAH LESTARI
SK.
TUN DR. ISMAIL, 33700 PADANG RENGAS,
PERAK DARUL RIDZUAN.
PROGRAM SEKOLAH LESTARI
SK TUN DR ISMAIL, PADANG
RENGAS
MISI
Memupuk
dan mengamalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam mewujudkan
Sekolah Lestari
|
VISI
SKTDI
melestarikan alam sekitar untuk kesejahteraan warga sekolah, masyarakat dan
Negara.
|
PENDAHULUAN
Perubahan
dalam iklim pendidikan semasa, telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti
pendekatan, strategi dan model program yang mampu mempertingkat kejayaan
sesebuah sekolah. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang
berkehendakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti murni alam sekitar, maka
haruslah diadakan aktiviti mesra alam yang berkesan. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan haruslah dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah mahupun
masyarakat setempat kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama
antara sekolah dan masyarakat amatlah perlu dalam menjayakan pendidikan alam
sekitar.
OBJEKTIF
I.
Meningkatkan kesedaran
warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
II.
Mewujudkan suasana
sekolah yang lebih kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
mempraktikkan amalan hidup lestari.
III.
Mempertingkat hubungan
baik antara sekolah dan masyarakat dalam
menjayakan Program Lestari.
IV.
Mewujudkan kesedaran
terhadap pentingnya menyelamatkan bumi.
V.
Menerapkan pendidikan
tentang alam sekitar dan melaksanakan secara berkesan ke arah kelestarian
sekolah.
KONSEP
Pendekatan
ini melibatkan semua lapisan warga sekolah , komuniti setempat yang berbilang
kaum, lain-lain institusi kerajaan dan NGO. Konsep ini juga menitikberatkan
pendekatan bersepadu dalam pengurusan,
kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan sekolah.
RASIONAL
Dalam banyak keadaan,
persekitaran kondusif di sekolah diabaikan dan jarang dijadikan asas utama
dalam P&P.
Jurang hubungan antara
warga sekolah dan masyarakat hingga timbul pelbagai isu yang tidak sihat.
Keupayaan dalam
melestarikan sekolah kerana sumber yang terbatas.
MATLAMAT
Mewujudkan budaya CINTA
SEKOLAH dengan sokongan secara berterusan dari keluarga dan komuniti setempat.
STATUS
PELAKSANAAN
Status
pelaksanaan program pelestarian di peringkat sekolah bermula pada bulan April 2014. Peratusan perlaksanaan adalah
berdasarkan perancangan aktiviti yang dicadangkan, diterima, dilancarkan dan dilaksanakan pada tahun 2014.
Penambahbaikan
daripada perlaksanaan projek telah dipanjangkan pada tahun 2014. Antara yang
telah dilaksanakan dengan jayanya ialah pewujudan Taman Botani, Taman Herba,
pengecatan semula struktur di dalam kawasan sekolah , sudut pameran, kantin
Lestari dan aktiviti kitar semula. Jadual di bawah adalah aktiviti yang telah dijalankan dan bakal dilaksanakan bagi
menjayakan program dengan peruntukkan yang telah diberikan pada pihak sekolah.
Kompenan
|
Projek yang
dirancang
|
Status perancangan
|
Pengurusan
|
Fotografi
|
Sentiasa dikemaskinikan oleh guru yang berkenaan
|
Pelaporan
|
||
Blog
|
||
Jaringan
|
||
Laman web
|
||
Kurikulum
|
Sudut lestari
dalam setiap kelas
|
Siap 20% inisiatif guru kelas
|
Sudut lestari
dalam bilik guru dan bilik khas
|
Bakal dilaksanakan
|
|
Kantin lestari
|
Siap 20%
|
|
Maklumat lestari
|
Siap 20%
|
|
Pelabelan projek
lestari
|
Bakal dilaksanakan
|
|
Kokurikulum
|
Anjung dan laman
lestari
|
Siap 70%
|
Taman herba
|
Siap 50%
|
|
Taman botani
|
Siap 20%
|
|
Sudut penghijauan
kawasan sekolah
|
Siap 70%
|
|
Penghijauan
|
Anjung lestari
|
Siap 50%
|
Kitar semula
|
Akan dilancarkan
pada 5.5.2014
|
|
Penjimatan tenaga
elektrik dan air
|
Telah dilaksanakan
pada 20.1.2014
|
|
Tanaman pokok di
kawasan kantin dan sekitar kawasan sekolah
|
Siap 80%
|
|
Projek kolam ikan
|
Program kelas
pendidikan khas
|
PERANCANGAN SETERUSNYA
Aktiviti
penghijauan, pengurusan, kurikulum dan kokurikulum diteruskan dari semasa ke
semasa. Murid-murid Tahun 6 yang baru selesai menghadapi peperiksaan UPSR
memenuhkan aktiviti selepas peperiksaan dengan melakukan aktiviti – aktiviti
Program Sekolah Lestari.
Pihak sekolah
juga akan menjemput pegawai dari Jabatan Pertanian untuk mengadakan kursus
membuat baja kompos. Di samping itu Jabatan Perhutanan Perak akan turut
membantu dan memantau pelaksanaan Taman Herba. Begitu juga pegawai dari Majlis
Perbandaran Kuala Kangsar, Jabatan Pertanian, Pusat ikan ternakan dan
Kraftangan Enggor akan memberi bantuan dari semasa ke semasa.
Di
antara perancangan melalui aktiviti kokurikulum adalah seperti jadual di
bawah:-
Unit uniform
|
Kawasan
pelestarian
|
Tarikh
perlaksanaan
|
Kadet remeja sekolah
|
Kantin sehingga
pejabat
|
14.04.2014 –
26.05.2014
|
Pengakap
|
Taman herba
sehingga dewan tertutup sekolah
|
14.04.2014 –
26.05.2014
|
Tunas puteri
|
Kawasan kantin
|
14.04.2014 –
26.05.2014
|
Puteri Islam
|
Makmal komputer
sehingga tandas guru lelaki
|
14.04.2014 –
26.05.2014
|
Bulan sabit merah
|
Sudut rekacipta
sehingga bilik SPBT sekolah
|
14.04.2014 –
26.05.2014
|
PROGRAM MENJANA PENDAPATAN
Penjimatan tenaga
elektrikdan air melalui kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak sekolah.
Tanaman pertanian di
Taman Botani akan dijual kepada guru dan staff.
Aktiviti kitar semula
iaitu mengumpul surat khabar lama, botol dan tin dan dijual kepada pengumpul
barang kitar semula.
Membuat sendiri baja kompos.
Membuat jem rosell yang
ditanam di taman botani dan dijual kepada guru dan staff.
Monday, June 16, 2014
Thursday, June 12, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)