Pages

Tuesday, June 17, 2014




SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL,
                        33700 PADANG RENGAS,
 PERAK DARUL RIDZUAN.






LAPORAN
PROGRAM SEKOLAH LESTARI
SEKOLAH KEBANGSAAN TUN DR. ISMAIL
2013 / 2014



Disediakan oleh : -

JAWATANKUASA INDUK
PROGRAM SEKOLAH LESTARI
SK. TUN DR. ISMAIL, 33700 PADANG RENGAS,
 PERAK DARUL RIDZUAN.


PROGRAM SEKOLAH LESTARI
SK TUN DR ISMAIL, PADANG RENGAS


MISI
Memupuk dan mengamalkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam mewujudkan Sekolah Lestari


VISI
SKTDI melestarikan alam sekitar untuk kesejahteraan warga sekolah, masyarakat dan Negara.





PENDAHULUAN
Perubahan dalam iklim pendidikan semasa, telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti pendekatan, strategi dan model program yang mampu mempertingkat kejayaan sesebuah sekolah. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti murni alam sekitar, maka haruslah diadakan aktiviti mesra alam yang berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan haruslah dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah mahupun masyarakat setempat kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama antara sekolah dan masyarakat amatlah perlu dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
OBJEKTIF
       I.            Meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
    II.            Mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan  amalan hidup lestari.
 III.            Mempertingkat hubungan baik antara sekolah dan masyarakat  dalam menjayakan Program Lestari.
 IV.            Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi.
    V.            Menerapkan pendidikan tentang alam sekitar dan melaksanakan secara berkesan ke arah kelestarian sekolah.
KONSEP
Pendekatan ini melibatkan semua lapisan warga sekolah , komuniti setempat yang berbilang kaum, lain-lain institusi kerajaan dan NGO. Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan  bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan sekolah.

RASIONAL
*      Dalam banyak keadaan, persekitaran kondusif di sekolah diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam P&P.

*      Jurang hubungan antara warga sekolah dan masyarakat hingga timbul pelbagai isu yang tidak sihat.
*      Keupayaan dalam melestarikan sekolah kerana sumber yang terbatas.

MATLAMAT
*      Mewujudkan budaya CINTA SEKOLAH dengan sokongan secara berterusan dari keluarga dan komuniti setempat.
STATUS PELAKSANAAN

Status pelaksanaan program pelestarian di peringkat sekolah bermula pada bulan April  2014. Peratusan perlaksanaan adalah berdasarkan perancangan aktiviti yang dicadangkan, diterima, dilancarkan  dan dilaksanakan pada tahun 2014.
Penambahbaikan daripada perlaksanaan projek telah dipanjangkan pada tahun 2014. Antara yang telah dilaksanakan dengan jayanya ialah pewujudan Taman Botani, Taman Herba, pengecatan semula struktur di dalam kawasan sekolah , sudut pameran, kantin Lestari dan aktiviti kitar semula. Jadual di bawah adalah aktiviti yang  telah dijalankan dan bakal dilaksanakan bagi menjayakan program dengan peruntukkan yang telah diberikan pada pihak sekolah.



Kompenan

Projek yang dirancang
Status perancangan
Pengurusan
Fotografi
Sentiasa dikemaskinikan oleh guru yang berkenaan
Pelaporan
Blog
Jaringan
Laman web
Kurikulum
Sudut lestari dalam setiap kelas
Siap 20%  inisiatif guru kelas
Sudut lestari dalam bilik guru dan  bilik khas
Bakal dilaksanakan
Kantin lestari
Siap 20%
Maklumat lestari
Siap 20%
Pelabelan projek lestari
Bakal dilaksanakan
Kokurikulum
Anjung dan laman lestari
Siap 70%
Taman herba
Siap 50%
Taman botani
Siap 20%
Sudut penghijauan kawasan sekolah
Siap 70%
Penghijauan
Anjung lestari
Siap 50%
Kitar semula
Akan dilancarkan pada 5.5.2014
Penjimatan tenaga elektrik dan air
Telah dilaksanakan pada 20.1.2014
Tanaman pokok di kawasan kantin dan sekitar kawasan sekolah
Siap 80%
Projek kolam ikan
Program kelas pendidikan khas


PERANCANGAN  SETERUSNYA
Aktiviti penghijauan, pengurusan, kurikulum dan kokurikulum diteruskan dari semasa ke semasa. Murid-murid Tahun 6 yang baru selesai menghadapi peperiksaan UPSR memenuhkan aktiviti selepas peperiksaan dengan melakukan aktiviti – aktiviti Program Sekolah Lestari.
Pihak sekolah juga akan menjemput pegawai dari Jabatan Pertanian untuk mengadakan kursus membuat baja kompos. Di samping itu Jabatan Perhutanan Perak akan turut membantu dan memantau pelaksanaan Taman Herba. Begitu juga pegawai dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Jabatan Pertanian, Pusat ikan ternakan dan Kraftangan Enggor akan memberi bantuan dari semasa ke semasa.


Di antara perancangan melalui aktiviti kokurikulum adalah seperti jadual di bawah:-

Unit uniform

Kawasan pelestarian
Tarikh perlaksanaan
Kadet remeja sekolah
Kantin sehingga pejabat
14.04.2014 – 26.05.2014
Pengakap
Taman herba sehingga dewan tertutup sekolah
14.04.2014 – 26.05.2014
Tunas puteri
Kawasan kantin
14.04.2014 – 26.05.2014
Puteri Islam
Makmal komputer sehingga tandas guru lelaki
14.04.2014 – 26.05.2014
Bulan sabit merah
Sudut rekacipta sehingga bilik SPBT sekolah
14.04.2014 – 26.05.2014

  PROGRAM MENJANA PENDAPATAN
*      Penjimatan tenaga elektrikdan air melalui kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak sekolah.
*      Tanaman pertanian di Taman Botani akan dijual kepada guru dan staff.
*      Aktiviti kitar semula iaitu mengumpul surat khabar lama, botol dan tin dan dijual kepada pengumpul barang kitar semula.
*      Membuat sendiri baja kompos.

*      Membuat jem rosell yang ditanam di taman botani dan dijual kepada guru dan staff.

Tuesday, February 21, 2012

Gotong Royong Perdana





SKTDI telah melancarkan program Gotong Royong Perdana sempena Program Lestari di sekolah. Sambutan dari murid dan ibu-bapa yang bersama-sama bertungkus lumus untuk mengindahkan kawasan sekolah.

Wednesday, October 26, 2011

Majlis Perasmian Program Sekolah Lestari, SK Tun Dr. Ismail 2011


MAJLIS PERASMIAN PROGRAM SEKOLAH LESTARI,

SK TUN DR ISMAIL, 2011

TARIKH : 17 OKTOBER 2011 (ISNIN)

MASA : 7.40pagi

TEMPAT : Dewan Terbuka SK Tun Dr Ismail





Majlis Perasmian Program Sekolah Lestari dirasmikan oleh Tuan Hj Abd Halim B Hj Shafie, Guru Besar, SK Tun Dr Ismail


Penyerahan anak pokok Bougainvella kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Mohd Ibrahim b. Ngah Sahib dan Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Latifah bt Ab Latiff.


Penyerahan anak pokok bougainvella kepada En. Roslan Ahmad Fuad, ketua kumpulan Pengurusan dan Pn. Harison, Penyelaras kumpulan Kurikulum.


Upacara menanam anak pokok Bougainvella oleh Guru Besar.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...