Perubahan dalam iklim pendidikan semasa , telah mewujudkan keperluan untuk mengenal pasti pendekatan, strategi dan model program yang mampu mempertingkat kejayaan sesebuah sekolah. Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti murni alam sekitar, maka haruslah diadakan aktiviti mesra alam yang berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan haruslah dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah mahupun masyarakat setempat kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Kerjasama antara sekolah dan masyarakat amatlah perlu dalam menjayakan pendidikan alam sekitar.
OBJEKTIF
1. Meningkatkan kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
2. Mewujudkan suasana sekolah yang lebih kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
3. Mempertingkat hubungan baik antara sekolah dan masyarakat dalam menjayakan Program Lestari.
4. Mewujudkan kesedaran terhadap pentingnya menyelamatkan bumi.
5. Menerapkan pendidikan tentang alam sekitar dan melaksanakan secara berkesan ke arah kelestarian sekolah.
KONSEP
Pendekatan ini melibatkan semua lapisan warga sekolah , komuniti setempat yang berbilang kaum, lain-lain institusi kerajaan dan NGO. Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan sekolah.
RASIONAL
· Dalam banyak keadaan, persekitaran kondusif di sekolah diabaikan dan jarang dijadikan asas utama dalam P&P
· Jurang hubungan antara warga sekolah dan masyarakat hingga timbul pelbagai isu yang tidak sihat
· Keupayaan dalam melestarikan sekolah kerana sumber yang terbatas.
MATLAMAT
· Mewujudkan budaya CINTA SEKOLAH dengan sokongan secara berterusan dari keluarga dan komuniti setempat.
· Memupuk dan mengamalkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam mewujudkan Sekolah Lestari.
Thumbs up to JK Pengurusan, Sekolah Lestari SKTDI...keep it up!
ReplyDeleteThank you.
ReplyDeleteLets help each other for the success of the program.